Zinedine Zidane gembira mencapai musim idaman

By June 4, 2017



Rate this post

Real-Madrid-2017-Champions-League-Champion

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan dia dan pemainnya telah menikmati “tahun yang menakjubkan” selepas mereka memenangi satu lagi gelaran Liga Juara-Juara pada Sabtu malam.

Kelab gergasi Sepanyol itu mara ke final sebagai pasukan pilihan dan mereka telah membuat seperti yang diharapkan dengan kemenangan 4-1 di Cardiff menentang Juventus.

Pasukan Zidane mempertahankan kejuaraan Eropah mereka selepas pertembungan yang menghiburkan, dengan bintang penyerang, Cristiano Ronaldo menjaring dua gol seterusnya menjaringkan gol kerjayanya yang ke-600.

Ronaldo membuka jaringan sebelum Mario Mandzukic menjaringkan gol penyamaan tujuh minit kemudian.

Madrid terpaksa menunggu sehingga minit ke-61 untuk gol kedua mereka yang dijaringkan oleh Casemiro.

Bekas bintang Manchester United itu sekali lagi menjaringkan gol tiga minit kemudian sebelum Marco Asensio menutup tirai dengan gol kemenangan pada minit ke-90.

Madrid menewaskan Barcelona untuk merebut gelaran La Liga dan mereka juga memenangi Piala Kelab Dunia dan Piala Super Eropah dan Zidane mengakui pasukannya telah melepasi semua jangkaan.

“Ini merupakan tahun yang sangat hebat, tiada yang lebih baik untuk diimpikan,” kata Zidane.

“Kami memenangi liga (Sepanyol) pada hari yang terakhir. Ia amat sukar untuk mara ke final Liga Juara-Juara selama dua tahun berturut-turut, namun kami berjaya melakukannya.

“Jika anda memberitahu saya bahawa saya akan memenangi semua ini sebagai jurulatih, saya tidak akan mempercayainya. Saya sangat berpuas hati.

“Separuh masa pertama sangat sukar, namun dalam separuh masa kedua kami cepat mengungguli. Kami berusaha lebih lagi dan secara fizikal, kami menang perlawanan tersebut, jadi saya berasa sangat gembira.”