Tom Loeffler: GGG mahukan perlawanan semula

By September 19, 2017



3.5/5 - (2 votes)

Gennady-Golovkin-Boxing

Promoter Gennady Golovkin, Tom Loeffler, akui bahawa raja middleweight itu mahukan perlawanan semula dengan Saul ‘Canelo’ Alvarez ekoran keputusan seri mereka dalam pertarungan pada malam Sabtu.

Mereka bertemu di Arena T-Mobile di Las Vegas dan ramai penyokong yang mengelilingi gelanggang berpendapat bintang Kazakhstan itu telah melakukan yang terbaik untuk menang dengan kiraan mata.

Bagaimanapun, pengadil Adalaide Byrd secara kontroversi telah memberi pertarungan tersebut mata 118-110 yang memihak pada Canelo dan seterusnya membatalkan mata 115-113 oleh Dave Moretti untuk GGG.

Don Trella telah memberikan mata seri untuk pertarungan tersebut dan perlawanan semula kini dalam agenda selepas petang kontroversi hujung minggu lalu.

Cuti Mexico sempena Cinco de Mayo pada 5 Mei 2018 kemungkinan tarikh yang ditetapkan, tetapi Loeffler mengatakan kliennya tidak mampu menunggu saingannya.

Katanya kepada Sky Sports: “Gennady mahu bertarung sebelum bulan Mei tetapi, jika mereka melakukan perlawanan semula, kita perlu lihat sama ada itu masuk akal. Kita tidak boleh menangguhkan kerjaya Gennady namun [perlawanan semula] adalah keutamaan.

“Gennady mahukan perlawanan semula kerana ini meninggalkan rasa tidak puas hati. Kata Canelo, dia tidak akan bertarung sehingga bulan Mei tetapi kita perlu lihat sama ada dia juga mahukan perlawanan semula.”

Beberapa tempat telah dibincangkan, dengan kemungkinan Stadium AT & T di Dallas dan Madison Square Garden di New York.

Walau bagaimanapun, Loeffler akui pertarungan lain tidak mustahil untuk berlaku tetapi panel penilaian perlu lebih ketat.

Beliau menambah: “Kami tidak akan teragak-agak untuk kembali ke Nevada tetapi kami akan lebih memilih dengan pegawai yang ditugaskan.

Sistem pemarkahan [Byrd] tidak sesuai dengan gaya GGG jadi itu memberikan alasan untuk tidak melibatkan dia.

“Saya tidak boleh menyalahkan Vegas. [Trella], yang memberikan mata seri, berasal dari pantai timur dan kami tidak mempunyai masalah dengannya sebelum ini. Pengadil Kenny Bayless telah melakukan tugas yang sangat baik.”