Thiago Motta kekal di PSG

By July 4, 2017



4/5 - (2 votes)

Thiago-Motta-Paris-Saint-Germain

Thiago Motta telah menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan menandatangani kontrak baru selama setahun dengan Paris Saint-Germain.

Kontrak pemain antarabangsa Italy yang sebelumnya di Parc des Princes itu akan berakhir pada musim panas ini, dan dia sering dikaitkan dengan kepulangan ke Serie A, dengan bekas kelab Genoa yang dipercayai merupakan salah satu kelab yang berminat untuk mendapat khidmatnya.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu telah sahkan akan kekal di Paris, kerana dia telah menandatangani perjanjian baru sehingga akhir kempen 2017-18.

Motta mengakui dia gembira kerana kekal bersama PSG untuk satu musim lagi, kerana kelab tersebut mempunyai tempat yang istimewa di hatinya.

“Saya sangat berbesar hati untuk melanjutkan kontrak saya dengan Paris Saint-Germain,” katanya.

“Saya ada sejarah istimewa dengan kelab ini, yang banyak memberikan keyakinan kepada saya sejak lima tahun yang lalu.

Sejak menyertai PSG dari Inter Milan pada Januari 2012, Motta telah memenangi 15 major honours, termasuk empat gelaran Ligue 1, dan dia berharap dapat menambah kejayaan yang mengagumkan itu sepanjang 12 bulan yang akan datang.

“Pengembaraan ini diteruskan dan saya sangat gembira,” katanya lagi.

“Kami akan terus menjadi pasukan yang berdaya saing dan kami akan memberikan yang maksimum untuk pergi sejauh mungkin dalam setiap pertandingan yang kami terlibat.”

PSG dikalahkan oleh Monaco dalam merebut gelaran Ligue 1 musim lalu, tetapi mereka terletak pada odds 1.36 untuk merampas gelaran musim ini.