Spurs risau dengan kecederaan Kieran Trippier

By August 6, 2017



Rate this post

Spurs-Mauricio-Pochettino

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino berharap bahawa pemain bek kanan, Kieran Trippier tidak mengalami kecederaan serius selepas dia dilihat keluar bertongkat selepas kemenangan 2-0 pra musim ke atas Juventus.

Spurs yang terletak pada odds 11.00 untuk memenangi gelaran Liga Perdana, telah meraih kemenangan di Wembley pada hari Sabtu menerusi gol daripada Harry Kane dan Christian Eriksen.

Walau bagaimanapun, keputusan mereka telah dicacati dengan kecederaan Trippier selepas dia terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Dia bertembung dengan bek kiri Juventus Alex Sandro, tetapi berjaya meneruskan aksinya di mana dia membantu jaringan pertama yang disempurnakan Kane.

Pemain berusia 26 tahun itu dikeluarkan pada minit ke-41 dan digantikan oleh pemain muda, Kyle Walker-Peters.

Bekas pemain Burnley itu dilihat meninggalkan stadium dengan memakai alat sokongan kaki dan bertongkat tetapi Pochettino berharap dia dapat pulih dengan segera.

Katanya kepada pemberita: “Kami perlu menilai dia Isnin ini dan selepas itu kita lihat bagaimana.

“Sekarang kami merasakan yang lebih baik. Benar, dia terpaksa keluar menggunakan tongkat, tetapi ianya baik-baik sahaja. Kami harap ini bukanlah satu isu yang besar.”

Trippier adalah satu-satunya bek kanan pakar Spurs dan sekarang dia mungkin akan terlepas perlawanan kelab yang pertama untuk musim ini menentang Newcastle United.

Eric Dier mungkin perlu mengisi tempatnya buat masa ini, tetapi kecederaan serius mungkin akan memaksa Spurs untuk membuat penandatangan musim panas pertama mereka.

Pemain pertahanan Hoffenheim, Jeremy Toljan berada di radar mereka, begitu juga dengan bintang Porto, Ricardo Perriera.

Tottenham terus dikaitkan dengan Ross Barkley, Demarai Gary dan Josh King, tetapi Pochettino tidak akan memberitahu pada umum buat masa ini.