Spurs diberi amaran berkaitan masa depan Toby Alderweireld

By September 4, 2017



5/5 - (1 vote)

Toby-Alderweireld-Tottenham-Hotspur

Penasihat Toby Alderweireld, Stijn Francis, memberitahu Tottenham bahawa mereka mesti menawarkan kontrak baru kepada pemain pertahanan itu atau bersedia kehilangannya pada bulan Januari.

Pemain antarabangsa Belgium itu menyertai Spurs pada musim panas 2015 dari Atletico Madrid dengan bayaran sekitar £11.5 juta.

Pemain pertahanan tengah itu telah berjaya menjadi tokoh penting dalam pasukan London utara tersebut, setelah tampil dalam 83 perlawanan.

Kontrak Alderweireld akan tamat pada musim panas tahun 2019 dan dia mengakui pada bulan Julai bahawa dia tidak diberitahu akan kemungkinan penandatanganan serta mendapat perjanjian yang lebih baik.

Kontrak pemain berusia 28 tahun itu mengandungi klausa yang membenarkan Spurs untuk melanjutkan tempoh setahun, namun ia juga membolehkan dia pergi, jika kelab lain membuat tawaran sebanyak £25 juta.

Bekas keluaran akademi Ajax itu dilaporkan semakin bosan dengan keadaan kontraknya dan penasihatnya kini menggesa kelab untuk bertindak atau menerima risiko untuk kehilangannya pada bulan Januari.

Kata Francis: “Apabila anda melihat statistik Toby, ianya mengagumkan, sama ada dia layak mendapat kontrak yang sesuai, atau dia harus diberikan perpindahan.

“Tujuh atau lapan kelab Eropah yang besar berminat untuk menandatanganinya. Tidak banyak pemain pertahanan tengah di sini yang mampu bermain seperti dia.

“Tetapi kelab-kelab ini perlu berunding dengan pengerusi Tottenham, Daniel Levy.”

Tottenham boleh disokong pada odds 2.10 untuk meraih tiga mata apabila mereka kembali ke aksi Liga Perdana di Goodison Park pada hari Sabtu, manakala Everton ditawarkan pada odds 3.60 untuk berapa di puncak, dan keputusan seri boleh didapati pada odds 3.50.