Sam Allardyce letak jawatan sebagai bos Palace

By May 24, 2017



Rate this post

Sam-Allardyce-Crystal-Palace

Sam Allardyce telah melepaskan peranannya sebagai pengurus Crystal Palace dan menegaskan beliau “tiada niat untuk menerima tugasan lain” dalam dunia bola sepak.

Pengurus berusia 62 tahun itu baru mengambil alih jawatan pengurus di Selhurst Park pada bulan Disember lalu, berjaya membimbing Eagles ke kedudukan selamat Liga Perdana, merakam kemenangan penting ke atas Arsenal, Liverpool dan juara, Chelsea.

Namun, kekalahan 2-0 kepada Manchester United pada Ahad lalu merupakan perlawanan terakhir Allardyce sebagai pengurus Palace, dengan bekas bos Sunderland dan Bolton itu sendiri mengesahkan keputusan beliau untuk meninggalkan kelab itu dalam satu kenyataan.

“Dalam beberapa situasi, ini merupakan satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat, tetapi pada orang lain ia sesuatu yang mudah,” kata Allardyce.

Allardyce meninggalkan peranannya sebagai pengurus England hanya tiga bulan sebelum menggantikan Alan Pardew sebagai bos Palace dan beliau lantas mengucapkan terima kasih kepada kelab serta pengerusi Steve Parish kerana memberi peluang kepada beliau.

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Crystal Palace dan Steve Parish kerana memberi peluang kepada saya untuk keluar dengan perasaan bangga, setelah membantu mengekalkan kelab dalam saingan Liga Perdana Inggeris,” tambah beliau.

“Lebih-lebih lagi, mereka memberi saya peluang untuk membina semula reputasi saya selepas apa yang berlaku ketika bersama England.”

Allardyce juga menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk mengurus kelab lain, serta menegaskan beliau sekarang merancang untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya.

“Inilah masa yang sesuai bagi saya, saya tahu dalam hati saya. Saya tidak berminat untuk mengemudi kelab lain, saya hanya mahu menikmati semuanya yang tidak dapat dinikmati dengan adanya permintaan 24/7 untuk menguruskan mana-mana kelab bola sepak, apatah lagi dalam Liga Perdana, “kata Allardyce.

Pengurus seperti Roy Hodgson dan Chris Coleman telah dikatakan akan menggantikan Allardyce di Selhurst Park, dengan odds terkini Eagles pada 5.50 untuk tersingkir musim depan.