Gareth Bale mengutamakan trofi untuk Real

By September 12, 2017



Rate this post

Real-Madrid-ace-Gareth-Bale

Pemain handalan Real Madrid, Gareth Bale menegaskan bahawa memenangi trofi adalah lebih memotivasikan beliau berbanding dianggap sebagai pemain nombor satu di kelab itu.

Pemain antarabangsa Wales itu telah memenangi 10 kepujian utama – termasuk Liga Juara-Juara pada tiga acara – sejak menyertai Los Blancos dari Tottenham pada musim panas 2013.

Kecederaan telah menghadkan aksi pemain berusia 28 tahun itu dan beliau hanya masuk sebagai pengganti dalam masa-masa terakhir ketika kejayaan di final Liga Juara-Juara menentang Juventus musim lalu.

Kekurangan aksi perlawanan yang konsisten, ditambah dengan kemunculan Isco dan Marco Asensio, telah menyebabkan beberapa penyokong Real mengakui mereka gembira jika Bale meninggalkan kelab.

Bekas bintang Tottenham itu juga dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United semsa musim panas, namun beliau sentiasa mengulangi hasratnya untuk kekal di Bernabeu, dan menegaskan bahawa memenangi trofi jauh lebih penting daripada dianggap sebagai pemain terunggul Real.

“Saya fikir tentang perkara yang utama, apabila anda melihat kembali kerjaya anda, anda melihat trofi anda. Pada akhirnya, mungkin itulah perkara yang paling penting,” kata Bale kepada Daily Mail.

“Saya tidak terlalu melihat perkara seperti itu [status nombor satu], sesetengah orang pikir tentangnya, ada yang tidak, saya tidak terlalu peduli. Saya hanya mahu pergi ke padang bola sepak dan menikmati permainan bola sepak saya.”

Bale tampil dalam ketiga-tiga perlawanan La Liga Real setakat musim ini dan berharap dapat memainkan peranan penting dalam perlawanan kempen Liga Juara-Juara menentang APOEL pada hari Rabu di laman sendiri.

Real ditawarkan pada odds 1.03 untuk memulakan pertahanan gelaran Eropah mereka dengan kemenangan sementara APOEL boleh didapati pada odds 67.00, dan keputusan seri ditawarkan pada odds 13.00.