Whittaker bersumpah untuk tumpaskan Bisping

By July 11, 2017



5/5 - (1 vote)

Robert-Whittaker-UFC-MMA

Robert Whittaker telah bersumpah untuk menumpaskan juara middleweight, Michael Bisping, namun akui bahawa dia mungkin tidak dapat bertarung lagi tahun ini berikutan kemenangannya terhadap Yoel Romero.

Ahli MMA New Zealand itu terus meningkatkan reputasinya di UFC selepas memenangi tali pinggang interim middleweight ihsan daripada keputusan sebulat suara di Las Vegas.

Whittaker telah berjaya dalam 10 daripada 12 pertempurannya sejak memenangi kontrak UFC, dan kejayaan Sabtu lalu menjadikannya yang kelapan berturut-turut.

Bagaimanapun, lutut Whittaker tercedera sekali lagi pada pusingan pertama dalam mencapai kemenangan tersebut, dan akui dia mungkin tidak akan melangkah ke gelanggang tahun ini berikutan dua pertarungan besar menentang Romero dan Ronaldo Souza.

Kata Whittaker: “Ianya sukar – saya memerlukan beberapa bulan untuk memulihkan kecederaan saya.

“Saya tidak merehatkan tubuh saya dengan baik selepas pertarungan dengan Jacare, dan sekarang saya telah bertarung dengan Yoel Romero dalam lima pusingan, jadi saya perlu memastikan saya menjaga badan saya sekarang.”

Whittaker sekarang mendapat peluang menentang Bisping, dan telah mengecamnya dengan bahasa kasar selepas pertarungan Sabtu lalu, untuk gelaran middleweight, dan yakin dia boleh tumpaskan ahli MMA British tersebut.

“Tugas saya adalah untuk memenangi tali pinggang interim itu dan saya melakukannya; tiada apa yang boleh dia katakan untuk mengambilnya dari saya,” tambahnya.

“Saya bekerja keras untuk mendapatkannya dan saya adalah pencabar No.1 dan kami akan bertarung tidak lama lagi.

“Saya sangat menghormati dia – dan dia tahu – tetapi apabila kami masuk ke dalam gelanggang dan menyentuh sarung tangan, saya akan hancurkan dia.

“Saya telah bertarung dengan dua orang yang paling berbahaya di dunia baru-baru ini, berturut-turut. Fokus saya ada, kekuatan mental saya ada dan saya mempunyai segalanya untuk menghancurkan dia (Bisping).”