Mesut Ozil semakin hampir dengan kepulangan ke Arsenal

By September 20, 2017



Rate this post

Mesut-Ozil-Arsenal-comeback

Pengatur serangan Arsenal, Mesut Ozil mendedahkan dia telah kembali berlatih dan hampir membuat kepulangan daripada kecederaan.

Pemain antarabangsa Jerman itu terlepas perlawanan seri tanpa gol Arsenal melawan Chelsea di Stamford Bridge pada hari Ahad dan juga kemenangan 3-1 Liga Europa ke atas FC Koln disebabkan kecederaan lutut.

Ozil tidak akan terlibat dalam perlawanan menentang Doncaster di Piala Carabao pada hari Rabu tetapi mungkin akan turut serta dalam perlawanan di laman sendiri menentang West Brom dalam Liga Perdana pada hari Isnin.

Odds Arsenal pada 1.36 untuk merebut kemenangan, West Brom boleh disokong pada odds 8.50 dan keputusan seri pada 5.25.

“Berita baik: Saya kembali berlatih di padang,” kata Ozil melalui post Instagram.

“Seperti yang mungkin anda sudah dengar, saya mengalami keradangan kecil pada lutut.

“Sekarang saya rasa semakin baik dan berharap dapat kembali bermain tidak lama lagi!”

Arsenal hanya berjaya mengutip tujuh mata daripada lima perlawanan Liga Perdana setakat ini, namun prestasi mereka ketika menentang Chelsea sangat menggalakkan.

Alex Iwobi telah menunjukkan prestasi mengagumkan dengan ketiadaan Ozil dan pemain kelahiran Jerman itu mungkin akan mengambil masa beberapa lama untuk memaksa dirinya kembali, walaupun kecederaan Danny Welbeck telah membuka ruang dalam posisi penyerangan Gunners.

Welbeck mengalami kecederaan pangkal paha dan mungkin diketepikan sekitar sebulan.

Odds Arsenal pada 21.00 untuk memenangi outright Liga Perdana, sementara Chelsea boleh disokong pada odds 6.00.