Luis Enrique: Mustahil untuk menandingi Lionel Messi

By March 20, 2017



4/5 - (1 vote)

Luis-Enrique--Impossible-to-equal-Lionel-Messi

Bos Barcelona, Luis Enrique menegaskan ianya mustahil bagi sesiapa pun untuk menandingi aksi Lionel Messi.

Pemuda Argentina yang berbakat itu meledak dua gol pada hari Ahad, seterusnya membantu Barcelona menumpaskan Valencia 4-2 di Camp Nou.

Kemenangan Barcelona menempatkannya beberapa mata di bawah Real Madrid yang mendahului kedudukan La Liga, dengan Messi menjaringkan gol ke-40 dan ke-41nya musim ini.

Brace itu bermakna dia telah menjaringkan sekurang-kurangnya 40 gol dalam semua kejohanan untuk lapan tahun berturut-turut.

Gol kedua Messi merupakan gol ke-25 dia dalam La Liga pada musim ini sementara beliau juga telah menjaring 11 kali dalam Liga Juara-Juara, empat dalam Piala Raja (Copa del Rey) dan satu dalam Piala Super Sepanyol, dan bos Barca kemudian memuji-muji bakat pemain berusia 29 tahun itu.

“Sungguh menakjubkan, dia telah memecahkan setiap rekod dan akan terus melakukannya lagi,” Luis Enrique memberitahu pemberita.

“Cukup menakjubkan untuk melihat kejayaan Messi, tiada sesiapa dapat memecahkan rekodnya, ianya mustahil bagi sesiapa pun untuk melakukan apa yang telah dilakukannya melainkan dia sendiri. Kami pasti akan merinduinya apabila dia sudah tiada nanti”

Rakan sepasukan, Gerard Pique juga memuji Messi selepas itu, menegaskan dia tiada tandingan.

“Dia merupakan yang terbaik sepanjang masa dan kami sudah biasa dia melakukan ini,” kata Pique.

“Dia membuatnya kelihatan normal tetapi kita tahu betapa sukarnya dan apabila dia berhenti bermain ia akan menjadi sangat sukar bagi sesiapa pun untuk mengatasi rekod tersebut. Kita hanya perlu menikmati tahun-tahun yang ada bersama dia.”

Barcelona berada di odds 3.10 untuk memenangi La Liga musim ini, Real Madrid 1.36.