Luciano Spalletti meninggalkan Roma

By May 30, 2017



Rate this post

Luciano-Spalletti-Roma

Roma telah mengumumkan bahawa jurulatih Luciano Spalletti telah meninggalkan kelab itu selepas gagal untuk mengikat kontrak baru.

Pemain berusia 58 tahun itu hanya mengambil alih tampuk pengurusan di Stadio Olimpico untuk kali kedua pada Januari tahun lalu dan selepas membimbing kelab itu di tempat ketiga musim lepas, beliau mengemudi dengan lebih baik musim ini dan hasilnya, Roma memperoleh pungutan mata tertinggi di Serie A.

Bekas bos Zenit St. Petersburg itu telah membimbing pasukannya dalam perlawanan terakhir beliau untuk mencatat kemenangan 3-2 di laman sendiri menentang Genoa pada hari Ahad, keputusan yang membawa Giallorossi menduduki tempat kedua dan juga menandakan penampilan terakhir Francesco Totti untuk kelab.

Roma mengesahkan berita tentang Spalletti meninggalkan kelab pada hari Selasa dan dalam masa yang sama turut mengumumkan bahawa mereka telah mula mencari penggantinya.

“AS Roma telah berpisah dengan jurulatih Luciano Spalletti,” satu kenyataan tertulis di laman web rasmi Giallorossi.

“Proses melantik jurulatih baru kini sedang dijalankan. Pengumuman rasmi itu dibuat selepas pasukan itu menewaskan Genoa 3-2 pada petang Ahad untuk meraih tempat kedua dalam Serie A dan mendapat kelayakan automatik ke Liga Juara-Juara siri 2017-18.”

Presiden kelab, James Pallotta, telah mengucapkan terima kasih kepada pengurus dari Itali itu untuk pencapaian beliau sepanjang musim keduanya di kelab itu.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Luciano Spalletti untuk semua kerja keras serta sumbangan besar beliau untuk kelab sejak beliau kembali ke kelab,” kata Pallotta.

Sementara itu, Spalletti kerap dikaitkan dengan jawatan pengurusan yang masih kosong di Inter Milan dan dapat menentang bekas majikannya dalam Serie A musim hadapan.