Kell Brook sasarkan pertarungan dengan Miguel Cotto

By July 27, 2017



5/5 - (1 vote)

Kell-Brook-vs-Miguel-Cotto-Boxing

Kell Brook mengesahkan bahawa dia mahu bertarung dengan Miguel Cotto apabila dia kembali ke gelanggang.

Petinju Sheffield itu tidak kelihatan sejak dia mengalami kecederaan mata yang teruk semasa kekalahannya kepada Errol Spence di tanah air Mei lalu.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut petinju berusia 31 tahun itu, selepas kekalahannya kepada Gennady Golovkin tahun lalu, tetapi dia sudah mensasarkan satu lagi pertarungan besar apabila dia kembali ke gelanggang nanti, dengan Cotto berada dalam senarai utama lawan pilihannya.

“Seperti yang kamu lihat dalam dua perlawanan terakhir saya, saya mahu bertarung dengan yang terbaik,” Kata Brook kepada Sky Sports.

“Saya mahu seseorang yang tidak banyak orang beri peluang kepada saya, seseorang yang membangkitkan semangat peminat, jadi sudah tentu, Cotto, (Saul) Alvarez dan juga Golovkin, semua adalah petinju yang saya ingin adakan pertarungan.”

Cotto telah memenangi gelaran dunia pada empat kategori berat yang berbeza dan laporan mengatakan dia boleh bersara pada akhir tahun ini.

Petinju Puerto Rico itu dijadualkan untuk bertarung dengan Yoshihiro Kamegai untuk gelaran dunia WBO yang masih kosong pada hujung bulan Ogos dan Brook sudah mengesahkan bahawa dia kemudian ingin bertarung dengan petinju berusia 36 tahun itu sebelum akhir 2017.

“Saya mahu terlibat dengan pertarungan yang besar seperti dua yang terakhir,” tambah Brook.

“Ia bergantung sama ada dia (Cotto) menyukai tugas tersebut. Kita tahu dia seorang pejuang, tetapi ia bergantung pada pandangannya dan bagaimana dia hendak menamatkan kerjayanya.”