Jose Mourinho: United tidak rindukan Paul Pogba

By October 2, 2017



5/5 - (1 vote)

Manchester-United-Paul-Pogba

Manchester United tidak memikirkan tentang Paul Pogba dan tidak rindukan pemain-pemain yang cedera ketika mereka diketepikan, menurut Jose Mourinho.

Pemain antarabangsa Perancis itu adalah kunci kepada permulaan kuat United untuk kempen 2017-18, telah menjaringkan dua gol dalam empat penampilannya sebelum mengalamikan kecederaan hamstring dalam kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Basel.

Ketibaan Nemanja Matic kelihatan memberi Pogba lebih kebebasan untuk menyerang, namun dia dijangka tidak akan kembali beraksi dalam masa terdekat.

United, yang ditawarkan pada odds 3.75 untuk memenangi Liga Perdana Inggeris, tidak meletakkan jangka masa kepulangan Pogba ke pasukan pertama dan Red Devils masih menunjukkan prestasi yang baik walau tanpa dia dalam barisan mereka.

Pasukan Mourinho menduduki tempat kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris, berkongsi mata dengan pendahulu, Manchester City berikutan kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace pada hari Sabtu, yang menjadikan kemenangan tujuh kali berturut-turut dalam semua pertandingan.

Bos United itu tidak memperbesarkan isu ketiadaan Pogba dan menegaskan bahawa beliau mempunyai kekuatan yang cukup dalam skuadnya untuk memastikan mereka tidak merindukan para pemain ketika mereka berusaha pulih dari kecederaan untuk kembali beraksi.

Kata Mourinho: “Kami tidak pernah rindukan pemain yang cedera. “Itulah cara kami berfikir. Mereka cedera, kami tidak memikirkan tentang mereka.

“Ini adalah satu peluang dan masa bagi orang lain untuk tampil ke depan dan dapatkan peluang tersebut, jadi saya rasa itu bagus.

“Apabila kita mengeluh sepanjang masa mengenai masalah kecederaan, ia kelihatan seperti kita tidak mempercayai orang lain dan kita harus percayakan mereka.”