Jose Mourinho terdorong dengan prestasi United

By September 28, 2017



5/5 - (1 vote)

Jose-Mourinho-Manchester-United

Jose Mourinho akui Manchester United kini ke arah pusingan penentu Liga Juara-Juara selepas mengalahkan CSKA Moscow 4-1 pada hari Rabu.

The Red Devils memulakan kempen mereka awal bulan ini dengan kemenangan 3-0 ke atas Basel dan juga tidak terganggu di VEB Arena, saat brace dari Romelu Lukaku, ditambah dengan penalti dari Anthony Martial menyaksikan mereka mengutip tiga mata selepas 27 minit.

Henrikh Mkhitaryan kemudian menambah kepada jumlah tersebut pada minit ke-57, namun Konstantin Kuchayev berjaya meledak gol pada minit ke-90, jika tidak ianya satu persembahan sempurna tanpa bolos bagi United.

Dua kemenangan meletakkan United di puncak Kumpulan A dan mereka akan mengharap untuk meneruskan prestasi mereka dalam perlawanan akan datang menentang Benfica.

Dengan permulaan yang bagus di Liga Perdana Inggeris, mereka mengharap satu lagi musim yang baik di Old Trafford, telah memenangi Piala EFL dan Liga Europa yang lepas.

The Red Devils ditawarkan pada odds 3.50 untuk memenangi gelaran itu, sementara mereka boleh didapati pada odds 12.00 untuk dinobatkan sebagai juara Eropah bagi kali yang keempat dalam sejarah mereka.

Boss Mourinho kekal berdiam berkenaan peluang Liga Juara-juara mereka tetapi mengakui prestasi pada hari Rabu menunjukkan mereka sedang menuju ke arah yang tepat.

“Yang penting adalah dua perlawanan, enam mata dan kedudukan yang baik dalam Liga Juara-Juara,” kata Mourinho.

“Masih ada baki empat perlawanan lagi, namun kami bermula dengan sangat kukuh dan kami hampir berada di sana.

“Saya rasa kami mengejutkan mereka dengan sikap kami dan kami sangat kuat, dan kami telah melakukan yang terbaik dalam perlawanan itu. Mereka tidak kelihatan bagus seperti selalu tetapi saya rasa ia adalah kerana kami.”