Jordon Ibe intai perkembangan selanjutnya

By September 18, 2017



5/5 - (1 vote)

Bournemouth-winger-Jordon-Ibe

Pemain sayap Bournemouth, Jordon Ibe tegaskan dia mula berasa lebih yakin dengan kelab pantai selatan itu dan telah berjanji untuk terus memperbaiki permainannya.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai Cherries pada musim panas 2016 daripada Liverpool dengan bayaran sebanyak £15 juta, selepas bergelut untuk mendapatkan posisi kesebelasan utama di Anfield.

Ibe berharap perpindahannya ke Bournemouth, yang terletak pada odds 2.75 untuk diturunkan, akan membantu untuk meningkatkan kerjayanya, bagaimanapun, dia mendapati sukar untuk menyesuaikan diri semasa kempen debutnya.

Pemain sayap itu hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana setakat musim ini dan dia terhad kepada penampilan dari bangku simpanan dalam kemenangan ke atas Brighton pada Jumaat lepas.

Eddie Howe memasukkan Ibe dalam perlawanan di Stadium Vitality pada minit ke 65 dan Bournemouth ketinggalan 1-0 selepas Solly March meledak gol untuk Seagulls.

Ibe memainkan peranan besar dalam mengubah keputusan perlawanan ketika dia membantu Andrew Surman dan Jermain Defoe meledak gol dan meraih kemenangan 2-1.

Pemain antarabangsa England bawah-21 itu menegaskan dia berasa lebih yakin musim ini dan berharap dia dapat menunjukkannya di padang.

Kata Ibe kepada pemberita: “Saya telah berusaha dalam latihan dan wujud keyakinan jika anda bermain dengan baik.

“Saya berasa yakin tetapi saya tidak mahu berlagak sombong kerana masih banyak yang perlu saya lakukan. Saya mahu menjaringkan gol dan mendapat bantuan dan saya mahu belajar dari perlawanan ini. Minggu depan kembali kepada latihan, kata pengurus kami perlu melatih cara kami bermain, jadi saya perlu memperbaiki aksi di tempat latihan dan moga-moga ia akan teserlah di padang.”