Janne Andersson: Ketiadaan Victor Lindelof mengecewakan

By September 26, 2017



5/5 - (1 vote)

Victor-Lindelof-Manchester-United

Ketua jurulatih Sweden, Janne Andersson mengatakan ia mengecewakan Victor Lindelof tidak mendapat lebih banyak masa bermain untuk Manchester United tetapi beliau berharap ini akan berubah.

Lindelof berpindah ke Old Trafford dari Benfica dengan bayaran sebanyak 35 juta euro pada musim panas ini, menandatangani kontrak empat tahun, dan dia dijangka menjadi bahagian utama dalam pasukan pertama.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu belum membuat kemunculan sulungnya untuk Liga Perdana dan hanya dimasukkan dalam satu skuad perlawanan (matchday squad), menambahkan lagi kekecewaan pemain pertahanan itu.

Penampilan pemain Sweden itu terhad dalam Piala Super UEFA, Liga Juara-Juara dan Piala Liga, dengan Phil Jones dan Eric Bailly pilihan utama England.

Lindelof boleh diberikan peluang pada malam Rabu untuk perlawanan Liga Juara-Juara di CSKA Moscow, walaupun pemain antarabangsa England, Chris Smalling juga ingin bermain.

Andersson mengakui ia menjengkelkan melihat begitu sedikit penampilan pemain pertahanan itu dalam kempen ini, namun beliau berharap agar situasi ini akan berubah secepat mungkin.

Kata beliau kepada radio P5 Sthlm: “Ini perkara yang mengecewakan dalam kerja ini, saya tidak dapat mempengaruhi apa-apa. Jelas sekali, saya mahu semua pemain kami bermain sebanyak yang mungkin, dan pada tahap setinggi yang boleh dari masa ke masa.

“Jadi, ia agak tidak bernasib baik dari masa ke masa. Tapi kita akan lihat, dia sudah main dalam beberapa perlawanan. Kami harap dia akan lebih dekat dengan pasukan.”

United, yang belum pernah tewas dalam Liga Perdana musim ini, ditawar pada odds 1.67 pilihan untuk menang di Rusia, seri pada odds 3.75 manakala tuan rumah pada odds 5.25 outsiders.