Gianluigi Buffon: Kami telah cuba sedaya upaya

By June 4, 2017



Rate this post

Juventus-goalkeeper-Gianluigi-Buffon-Champions-League

Penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon menegaskan pasukannya berpendapat bahawa mereka telah melakukan yang termampu untuk menang selepas tewas kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Kelab gergasi Itali itu adalah underdog yang akan beraksi dalam perlawanan Sabtu di Cardiff dan mereka akhirnya kalah 4-1.

Dua gol daripada Cristiano Ronaldo dan gol daripada Casemiro dan Marco menewaskan Juventus, saat mereka gagal mengambil motivasi daripada kemenangan Serie A mereka.

kekalahan Sabtu lalu merupakan yang ketiga bagi Buffon dalam final Liga Juara-Juara dan dia tidak akan menjulang piala tersebut pada usia 39 tahun.

Bercakap selepas perlawanan akhir Sabtu lalu, kata Buffon kepada pemberita: “Ia satu kekecewaan yang besar kerana kami fikir kami telah melakukan segalanya yang diperlukan untuk menang.

“Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama. Ianya sungguh mengejutkan, ia tidak berlaku sesuai dengan perancangan kami. Saya tidak dapat jelaskan mengapa kami bermain seperti itu pada babak kedua.

“Kita perlu menjadi lebih kuat daripada para pesaing untuk memenangi piala ini. Pada babak kedua, tahap mereka, kekuatan mereka, keupayaan mereka untuk memenangi cabaran ini jelas terpapar dan mereka layak untuk menang.”

Walaupun Buffon kurang kejayaan dalam Liga Juara-Juara, dia telah memenangi beberapa gelaran setakat ini.

Dia telah memenangi Scudetta sebanyak lapan kali bersama Juventus, serta merasa kejayaan dalam Piala Itali dan memenangi Piala UEFA dengan Parma pada tahun 1999.

Dia memenangi Piala Dunia pada 2006 dengan Itali dan berharap pasukannya boleh melakukan hal yang sama tahun depan di Rusia.

Dengan masa setahun lagi sebelum kejohanan itu, Odds Itali 17.00 untuk memenangi Piala Dunia di Dafabet.