Pique ingin kekal sebahagian daripada ‘keluarga’ Sepanyol

By October 5, 2017



5/5 - (1 vote)

Gerard-Pique-Spain-World-Cup-qualifiers

Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique mahu terus bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol meskipun ‘diboo’ oleh beberapa penyokong sendiri minggu ini.

Pique telah diejek oleh sebahagian orang ramai yang hadir melihat pasukan kebangsaan berlatih minggu ini, beberapa hari selepas undi di tempat kelahirannya (Catalonia) telah menghasilkan 90 peratus majoriti yang menyokong kemerdekaan dari seluruh Sepanyol.

Pique tidak merahsiakan kebanggaannya sebagai orang Catalan pada masa lalu, namun dia menegaskan bahawa dia menganggap pasukan kebangsaan Sepanyol sebagai ‘satu keluarga’ dan ianya tidak adil untuk sesiapa pun mempersoalkan komitmennya memandangkan dia telah berikan dedikasinya selama bertahun-tahun.

Bekas pemain pertahanan tengah Manchester United itu telah membantu Sepanyol menjulang kejuaraan Piala Dunia pada tahun 2010 dan kejayaan Kejohanan Eropah dua tahun kemudian.

Bercakap pada sidang akhbar menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia Sepanyol yang akan datang menentang Albania, Pique mengakui sukar untuk berada di posisi di mana dia diejek penyokong pasukannya sendiri, tetapi bersumpah bahawa ia tidak akan menghalangnya daripada mewakili Sepanyol dengan keupayaan terbaiknya.

“Sejak bermulanya situasi itu, ianya sukar apabila peminat yang dahulunya memberikan sorakan pada anda kini menghina anda,” katanya.

“Tetapi ianya mustahil untuk mempersoalkan komitmen saya sejak berumur 15 tahun. Saya menganggap pasukan ini sebagai keluarga dan ini salah satu sebab mengapa saya masih kekal di sini.

“Saya telah mengatakannya berkali-kali, saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada pilihan Sepanyol dan satu kumpulan yang mampu memenangi semua gelaran di sini. Saya di sini untuk mengatakannya dengan jelas dan kerana jurulatih meminta saya berbuat demikian.

“Saya akan cuba bantu pasukan dengan apa saja cara yang saya mampu. Kami harus fokus untuk cuba memenangi tiga mata menentang Albania.
Sepanyol terletak pada odds 5.25 untuk mengalahkan Albania 3-0 pada hari Jumaat.