Southgate belum putuskan kapten England untuk Rusia

By October 5, 2017



5/5 - (1 vote)

Gareth-Southgate-England-World-Cup-qualifiers

Pengurus England, Gareth Southgate mengakui beliau masih belum membuat keputusan untuk kapten tetap ketika pasukannya kelihatan hampir meraih kelayakan Piala Dunia di Rusia dengan mengalahkan Slovenia di Wembley.

Penyerang Tottenham, Harry Kane bersedia untuk menjadi kapten pasukan negaranya ketika mereka mengejar kemenangan ketujuh dalam sembilan aksi kelayakan dan tempat automatik ke Piala Dunia musim panas akan datang.

Kapten sebelum ini, Wayne Rooney telah bersara dari perlawanan antarabangsa pada Ogos lalu dan bos Three Lions masih belum memberi apa-apa petunjuk berkenaan pengganti tetap setakat ini.

Southgate telah menggilirkan pemegang peranan kapten sejak mengambil alih dari Sam Allardyce pada November lalu.

Kane telah menyertai Jordan Henderson, Gary Cahill dan Joe Hart untuk menyarung armband (gelang kapten) semasa tempoh Southgate hingga kini.

Menjadi kapten England adalah lebih daripada sekadar memimpin perlawanan di padang, menurut Southgate.

“Ia bukan hanya tentang hari perlawanan, tetapi semua di sekeliling kem, memikirkan bagaimana anda menyepadukan skuad dan bagaimana anda melibatkan orang lain dan saat-saat untuk maju ke hadapan, mengetuai dengan contoh, dan dengan cara bercakap persendirian dengan orang lain,” kata Southgate.

“Ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menjadi kapten yang bagus. Itu tidak akan berlaku dalam sekelip mata, kita bercakap tentang pengalaman kepimpinan yang datang dalam tempoh yang lebih lama.”

Kane telah menjaringkan 41 gol untuk kelab dan negara setakat ini dalam tahun 2017 dan sebelum ini mengetuai England di Paris dan Glasgow sebagai kapten, katanya ia akan berikan dia dorongan besar sekarang di Wembley.

“Membesar sebagai kanak-kanak yang sentiasa mahu bermain untuk negara anda dan mengimpikan untuk menjadi kapten, terutamanya berjalan keluar di Wembley, itu akan menjadi perkara yang luar biasa untuk saya sendiri,” katanya.

Odds England adalah 6.50 untuk mengalahkan Slovenia 2-0, dengan Kane 3.20 untuk menjaringkan gol pembukaan.