Federer tarik diri dari Terbuka Perancis

By May 16, 2017



4/5 - (1 vote)

Roger-Federer-French-Open

Pemain nombor empat dunia Roger Federer telah mengesahkan bahawa dia tidak akan mengambil bahagian dalam Terbuka Perancis nanti dalam bulan ini kerana dia mahu menumpukan perhatian kepada musim kejohanan di atas gelanggang rumput dan keras.

Pemain berusia 35 tahun itu merahsiakan niatnya sehingga Isnin lalu, ketika dia akhirnya mengesahkan dia tidak akan mengambil bahagian di Roland Garros tahun ini.

Federer, yang berada pada odds 4.20 untuk menjuarai Wimbledon, telah menikmati permainan tenisnya sejak awal tahun 2017 selepas memulakan dengan kemenangan di Terbuka Australia, dia kemudiannya meraih gelaran di Indian Wells dan Terbuka Miami.

Walau bagaimanapun, Pemain berasal dari Swiss itu baru-baru ini berehat semasa musim perlawanan gelanggang tanah liat berlangsung bulan lepas untuk memastikan dia tidak mengalami kemunduran.

Juara 18 kali Grand Slam itu menegaskan dia tidak mempunyai niat untuk bersara daripada sukan itu, sebaliknya akan mengambil waktu rehat yang panjang untuk membantu memanjangkan kariernya dalam Jelajah ATP.

Federer berkata: “Saya perlu sedar bahawa penjadualan itu yang akan menjadi kunci kepada penerusan kerjaya saya. Oleh itu, saya dan pasukan saya membuat kesimpulan bahawa bermain hanya satu perlawanan di gelanggang tanah liat bukan yang terbaik untuk permainan tenis saya dan persediaan fizikal saya untuk baki musim ini.

“Saya akan merindui penyokong Perancis, yang sentiasa menyokong dan saya tidak sabar untuk bertemu mereka di Roland Garros tahun depan.”

Pemain nombor empat dunia itu sekarang akan menumpukan perhatiannya terhadap musim gelanggang rumput, yang akan bermula bulan depan dalam persiapan ke acara kegemarannya, Wimbledon, yang telah dimenanginya sebanyak tujuh kali.