ElShorbagy dan Massaro merangkul gelaran Final Siri Dunia Dubai

By June 10, 2017



Rate this post

ElShorbagy-Massaro-capture-World-Series- Finals-Titles

Pemain England, Laura Massaro menewaskan juara dunia Nour El Sherbini untuk mempertahankan kejuaraan Final Siri Dunia Dubai beliau.

Pemain nombor empat dunia, Massaro, 33, menang 11-8 12-10 11-5 dalam masa 35 minit untuk menjadi wanita kedua memenangi gelaran sebanyak dua kali, selepas pemain Malaysia, Nicol David.

Massaro tampil dalam pusingan akhir Final Siri Dunia buat kali ketiga berturut-turut dan telah menang satu kali dan tewas satu kali dalam salah satu penampilan terakhir beliau bertemu pemain Mesir, Raneem El Welily dan pemain Malaysia, Nicol David.

“Saya benar-benar gembira dengan persembahan saya secara keseluruhan,” kata Massaro.

“Ia memerlukan banyak tumpuan, disiplin, kerja keras dan saya perlu terus berusaha sepanjang perlawanan. Dua perlawanan pertama sangat sengit dan saya berjaya mendahului dalam perlawanan ketiga.

“Saya adalah salah satu pemain yang tertua di Jelajah ini dan selagi saya mampu bersaing untuk kejuaraan, saya berasa gembira,” tambahnya.

Rakan senegaranya, James Willstrop ditewaskan 12-10 11-9 11-8 oleh pemain Mesir, Mohamed Elshorbagy dalam final kategori lelaki dalam 57 minit.

Bekas pemain nombor satu dunia, Willstrop yang kini berada di ranking keenam, berkata: “Saya gembira berjaya ke final. Saya menikmati setiap minit, kecuali kekalahan.

Bagi ElShorbagy, beliau telah menjulang kejuaraan Final Siri Dunia serta gelaran Jelajah pertamanya (tahun ini) sejak November lalu selepas menewaskan Willstrop.

“Kemenangan dalam kejohanan ini merupakan impian sejak sekian lama,” kata ElShorbagy selepas menjulang gelaran Jelajah beliau yang ke-25.

“Ia satu kemenangan yang penuh emosi. Saya hilang keyakinan dalam diri saya musim ini tetapi saya rasa seperti saya bangkit semula minggu ini.

“Saya tidak mahu kalah. Saya benci kekalahan. Musim ini, saya tidak bermain dengan semangat, namun saya sangat bangga kerana mendapatnya kembali minggu ini. Ia adalah permainan skuasy saya yang terbaik.”