Craig Shakespeare: Berkeyakinan tinggi

By April 5, 2017



Rate this post

Leicester-City-coach-Craig-Shakespeare

Jurulatih Leicester City Craig Shakespeare menyatakan bahawa keyakinan pasukannya telah kembali selepas menewaskan Sunderland pada malam Selasa.

The Foxes mencatat kemenangan 2-0 selepas gol daripada Islam Slimani dan Jamie Vardy membantu mereka naik sehingga tangga ke-10 dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Leicester berjaya melakukannya walaupun ada ketika aksi mereka kurang memuaskan, mereka telah memenangi perlawanan keenam berturut-turut di bawah Shakespeare.

Meskipun ramai yang menunjukkan kemarahan selepas pemecatan Claudio Ranieri, Shakespeare telah menunjukkan prestasi yang baik pada zamannya dan sekarang mereka mengimpikan kedudukan kelompok top-half.

Mereka masih bersaing dalam Liga Juara-Juara dan Shakespeare percaya kemenangan mereka membuktikan prestasi pemain meningkat pada masa ini.

Beliau memberitahu Sky Sports: “Jelas sekali tiga mata tersebut adalah sangat penting. Saya fikir pada separuh pertama perlawanan itu tidak mempunyai rentak, banyak terhenti, corners, sepakan percuma, kami tidak beraksi dengan baik pada malam ini, tetapi perkara yang paling penting adalah tiga mata dan kemenangan itu.

“Ia adalah satu tanda keyakinan dalam pasukan, tetapi kami tahu kami perlu buat yang lebih baik daripada itu. Namun, penting kami mendapat tiga mata pada malam ini.

“Kami tahu kami tidak cukup baik pada malam ini, tetapi kami mempunyai ketahanan dari musim lalu untuk terus mara.”

Aksi terbaru Leicester akan diuji pada hari Ahad apabila mereka menentang Everton sebelum mereka beraksi dengan Atletico Madrid di Eropah.

Pasukan Diego Simeone berada di odds 1.30 pilihan utama, keputusan seri 5.00, manakala Leicester berada di odds 10.00 dengan Dafabet.