Chris Coleman: Wales mesti belajar daripada kesilapan

By October 10, 2017



4/5 - (1 vote)

Chris-Coleman-Wales-2018-World-Cup

Chris Coleman menegaskan beliau tidak memikirkan tentang masa depannya selepas Wales gagal melayakkan diri untuk Piala Dunia 2018 dan telah meminta pasukan kebangsaan itu untuk belajar daripada kesilapan mereka.

Wales menjadi tuan rumah Republik Ireland pada hari Isnin di Stadium Cardiff City, dengan pemenang dijaminkan tempat di play-off.

Bagaimanapun, pemain Coleman kecewa selepas pemain sayap West Brom, James McClean meledak gol tunggal pada malam itu dan menyaksikan kemenangan Ireland 1-0.

The Dragons tidak tampil di Piala Dunia sejak tahun 1958 dan Coleman menegaskan mereka mesti belajar daripada kempen kelayakan terbaru mereka.

Kata Coleman: “Ianya sakit untuk menerima kekalahan tetapi anda belajar banyak daripadanya – pertama sekali, anda belajar tentang diri anda.”

Pengurus berusia 47 tahun yang telah membimbing Wales ke Euro 2016 itu, sebelum ini mengatakan bahawa kempen ini merupakan tugas terakhirnya bersama Wales, namun beliau masih belum membuat keputusan akhir berkenaan masa depannya.

Tambah Coleman: “Saya benar-benar tidak memikirkannya. Sekarang bilik persalinan penuh dengan pemain dan kakitangan yang sangat kecewa.

“Jika anda melihat struktur dan umur skuad kami, beberapa pemain muda bermain dengan baik, ini adalah kumpulan pemain yang bagus, lebih bagus untuk malam ini.

“Seluruh negara akan berasa kecewa dan berdukacita. Sekali lagi kami terlepas Piala Dunia yang sukar dicapai itu.”