Arsene Wenger – Kontrak pemain bukan bergantung kepada kedudukan top four

By May 9, 2017



Rate this post

Arsene-Wenger-Arsenal

Arsene Wenger menegaskan bahawa masa depan pemain utama Arsenal bukan bergantung kepada keupayaan kelab itu untuk melepasi kelayakan Liga Juara-Juara musim ini.

Pemain-pemain seperti Alexis Sanchez dan Mesut Ozil akan tamat kontrak di Emirates Stadium pada musim panas tahun 2018 dan kedua-dua pemain tersebut belum komited untuk masa depan jangka panjang mereka kepada kelab.

Memperolehi kedudukan empat kelompok teratas untuk musim berturut-turut ke-21 mungkin akan menjadi kunci kepada The Gunners untuk mengekalkan ‘gandingan berbisa’ itu, tetapi Wenger yakin terlepas kedudukan di Liga Juara-Juara tidak akan memberi kesan yang besar.

Ditanya sama ada kurang penglibatan dalam Liga Juara-Juara akan menjadi satu isu, Wenger berkata: “Mungkin, ia boleh memberi kesan jika anda tidak terlibat dalam jangka masa panjang. Tetapi pada masa ini kami tidak berada dalam situasi tersebut.

“Oleh kerana kami berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh. Beban untuk merebut tempat di Liga Juara-Juara adalah kurang berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Namun, ianya penting bagi kami kerana kami mahu beraksi di peringkat tertinggi. Rundingan bijak (untuk pemain) ia tidak akan mempunyai kesan yang besar.”

Arsenal kini berada di tangga keenam dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris, enam mata di belakang pasukan tangga keempat Manchester City, tetapi mereka mempunyai sekurang-kurangnya satu perlawanan dalam tangan ke atas semua pasukan di atas mereka dalam carta.

Wenger akui apa yang pasukannya boleh lakukan sekarang sehingga akhir musim adalah mengutip mata semaksimumnya dan berharap ia cukup untuk naik di kedudukan empat kelompok teratas.

Pengurus Perancis itu menambah: “Bagi kami, kami hanya mahu menang perlawanan kami untuk mendapat peluang. Itu sahaja yang mampu kami lakukan.”

The Gunners akan bertemu Southampton, Stoke, Sunderland dan Everton dalam baki perlawanan liga mereka dan mereka berada pada odds 5.00 untuk berada di kelompok empat teratas.