Antonio Conte berjanji Chelsea tidak akan terganggu

By April 1, 2017



Rate this post

Antonio-Conte-vows-Chelsea-won't-be-sidetracked

Chelsea tidak akan membenarkan spekulasi mengenai masa depan Eden Hazard untuk menggagalkan usaha pemainnya untuk dinobatkan sebagai juara Liga Perdana, menurut Antonio Conte.

Chelsea yang mendahului itu telah membuka jurang 10 mata ke atas pencabar terdekatnya Tottenham dan berada pada landasan untuk mendapatkan semula gelaran yang dimenangi pada 2015.

Pengatur serangan Belgium, Hazard telah bangkit semula musim ini dengan 11 gol telah berada di ranking teratas dan prestasinya telah mendapat perhatian.

Laporan mengatakan kelab gergasi La Liga, Real Madrid akan menguji keputusan pengupah Hazard iaitu Stamford Bridge dengan jumlah tawaran sebesar £ 100 juta pada akhir musim ini.

Conte berkata beliau tidak diberi sebarang petunjuk daripada Hazard bahawa dia bercadang untuk meninggalkan kelab dan berkata beliau tidak risau akan masa depan pemain berusia 26 tahun itu.

“Saya tidak tahu [jika Chelsea akan membuka tawaran],” katanya pada sidang akhbar.

“Saya akan sentiasa mengulangi perkara yang sama: ianya penting untuk memberi tumpuan pada masa kini. Jangan lihat terlalu jauh ke hadapan, ia sangat berbahaya.

“Satu perkara yang dapat saya katakan ialah Eden adalah pemain Chelsea. Kami gembira dengan dia, dia gembira dengan kami. Saya tidak nampak sebarang masalah dengan dia.”

Conte berkata, beliau berharap pemain-pemainnya akan menganggap spekulasi itu sebagai satu pujian dan menyeru mereka agar tidak terganggu dengan hanya berbaki 10 perlawanan sehingga akhir musim ini.

Kelab ibu Negara itu sekarang berada di odds 1.04 dalam taruhan pemenang outright Liga Perdana.

Pengurus Itali itu berkata: “Ia adalah sebahagian daripada permainan, orang lain akan membuat khabar angin dan mengganggu fikiran pemain.

Kami mempunyai pengalaman yang hebat untuk menghadapi situasi ini. Ia adalah normal timbulnya khabar angin mengenai pemain pada saat- saat begini di musim ini.

“Saya berasa gembira, kerana ia bermakna kami telah membuat yang terbaik. Jika terdapat minat dari pasukan lain, ia bermakna mereka telah menunjukkan prestasi yang bagus.

“Kami tahu kami berada di dalam kelab yang hebat dengan cita-cita yang besar. Kami mahu melakukan perkara yang hebat pada masa akan datang tetapi kami juga mahu melakukan perkara yang hebat pada masa sekarang. Masih ada baki 10 perlawanan dan kami mahu menamatkan musim ini dengan kejayaan. Semua berhasrat untuk membina sebuah pasukan yang hebat. ”