Andy King mahu bersara di Leicester

By October 3, 2017



Rate this post

Andy-King-Leicester-City-retirement

Andy King mendedahkan bahawa dia mahu menamatkan kerjayanya bersama Leicester City meskipun dia tidak pasti sama ada itu akan berlaku kerana jumlah pemain yang dibeli dalam setiap jendela perpindahan.

Pemain antarabangsa Wales, King memulakan karier belianya di Chelsea, menghabiskan masa selama enam tahun di Stamford Bridge dari 1998 hingga 2004, sebelum beralih ke Leicester pada tahun 2004.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu berjaya ke pasukan pertama The Foxes pada tahun 2006 dan dari situ, beliau telah membuat sebanyak lebih daripada 320 penampilan liga dan mencetak 55 gol.

Dia kini merupakan satu-satunya pemain yang berjaya memenangi gelaran Liga Satu, Kejohanan dan Liga Perdana dengan kelab yang sama, dan bintang kelahiran Barnstaple itu mengharapkan lebih banyak lagi sebelum bersara.

King telah membuat lima penampilan liga musim ini walaupun ada kemasukan pemain-pemain baru musim panas ini dan mengatakan impiannya adalah untuk menamatkan kerjayanya sebagai pemain satu kelab.

“Saya mahu menamatkan kerjaya di City,” katanya. “Situasi berubah dengan cepat dalam bola sepak dari segi pengurus, pemain dan kecederaan. Saya mahu bermain dan saya tidak naif.

“Ini adalah liga terbaik di dunia dan setiap musim berjuta-juta pound dibelanjakan untuk cuba membawa masuk pemain terbaik. Saya ingin kekal di sini tetapi sama ada itu mustahil atau tidak kita akan lihat nanti.”

Leicester telah mengharungi permulaan yang sukar untuk kempen mereka, menang hanya satu daripada tujuh perlawanan, dan mereka akan cuba untuk menang apabila mereka kembali ke aksi domestik pada 16 Oktober ini.

The Foxes akan bertemu West Brom di King Power Stadium dan tuan rumah terletak pada odds 1.95 pilihan untuk menang. Keputusan seri ditawarkan pada odds 3.40, manakala Baggies adalah 4.00 sebagai outsiders.