Rakic mahu menguasai bahagian kelas berat ringan

By September 5, 2017



5/5 - (1 vote)

Aleksandar-Rakic-UFC

Aleksandar Rakic berhasrat untuk menguasai bahagian kelas berat ringan (light heavyweight) dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan kemenangan terbaru beliau menentang Francimar Barroso di UFC Fight Night 115 Sabtu lepas.

Pejuang MMA Austria itu meraih kemenangan ke atas lawan yang berpengalaman melalui keputusan sebulat suara dan kini beliau telah memenangi sembilan perlawanan berturut-turut sejak kalah dalam debut profesionalnya kepada Christian Radke hampir enam tahun lalu.

Pejuang MMA berusia 25 tahun itu sekarang berharap untuk menjadi kuasa dominan bahagian kelas berat ringan untuk tahun-tahun yang akan datang, walaupun beliau tahu beliau belum cukup pengalaman lagi.

“Saya mahu bertambah lebih baik,” kata Rakic.

“Saya mahu menjadi lebih baik dalam setiap pertarungan. Saya mahu teknik menyerang, mencengkam, dan teknik gusti saya menjadi lebih baik, dan saya mahu menunjukkannya dalam setiap pertarungan. Saya fikir dalam beberapa tahun akan datang, saya perlu menguasai bahagian kelas berat ringan.”

Rakic mengakui dia bukan satu-satunya pejuang muda yang ingin menguasai bahagian tersebut, kerana beliau percaya era baru kelas berat ringan akan bermula.

“Saya seorang pejuang muda, dan terdapat banyak pejuang muda yang mahukan ini,” katanya.

“Era baru akan datang, dan kami tidak sabar menunggunya. Saya sangat mahukannya, saya mahu menjadi nombor satu dunia.”

Rakic menegaskan bahawa beliau tidak tahu dengan siapa beliau akan bertarung dalam pertarungan yang seterusnya, namun beliau gembira berhadapan dengan mana-mana lawan yang ditawarkan oleh UFC.

“Siapa pun UFC pasangkan dengan saya, saya akan terima pertarungan itu dan tunjukkan bahawa saya lebih baik daripada prestasi ini,” kata Rakic.