Milan mahu mengikat Morata berdasarkan terma mereka

By July 18, 2017



Rate this post

Alvaro-Morata-Real-Madrid-to-AC-Milan

Pengarah teknikal AC Milan, Massimiliano Mirabelli, kata kelab gergasi Serie A berharap dapat mengikat perjanjian dengan striker Real Madrid, Alvaro Morata, tetapi hanya dengan “syarat” mereka.

Morata telah dikaitkan dengan perpindahan dari Bernabeu pada musim panas ini.

Manchester United juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain itu, walaupun bos Old Trafford, Jose Mourinho, baru-baru ini mengatakan harga yang diminta oleh kelab La Liga itu terlalu tinggi.

Mirabelli juga nekad Milan tidak akan terdesak dalam mengejar pemain Sepanyol berusia 24 tahun, yang telah menjaringkan 22 gol dalam 47 penampilan musim lalu.

“Kami telah cuba mendapatkan dia dari awal lagi,” kata Mirabelli.

“Terdapat beberapa kerumitan timbul di antara final Liga Juara-Juara dan apabila kelab-kelab lain yang berminat datang, jadi semuanya reda.

“Ia boleh bangkit lagi, tetapi hanya dengan syarat kami.”

Milan telah mengikat sembilan pemain dalam musim panas ini dan bek tengah Juventus, Leonardo Bonucci, dijangka akan menjadi pemain yang ke-10.

Mirabelli mengatakan ia adalah perkembangan pantas yang membolehkan mereka untuk menarik pemain pertahanan antarabangsa Itali itu dan beliau merasakan membawa masuk Bonucci ke kelab adalah perkara besar bagi Milan.

Kata Mirabelli: “Kami masih belum menyedarinya. Kami kata ‘sama ada kami melakukannya dengan segera atau tidak melakukannya.’

Bersama dengan [Sergio] Ramos, dia adalah salah satu pemain pertahanan tengah yang terbaik di dunia, secara teknikal dan dari segi perwatakannya.

“Sepanjang tahun bermain, dia telah belajar apa yang diperlukan untuk menang, dia pemain yang sangat penting dari semua aspek. Mengambil dia daripada Juve bukanlah mudah, tetapi kami telah menghantar isyarat besar. Saya tidak dapat mencari kata-kata untuk jelaskan maksudnya.”

Odds AC Milan 7.50 untuk memenangi Serie A musim depan, dengan Juve 1.60 pilihan untuk mengekalkan kemenangan mereka.