Zinedine Zidane meminta Madrid untuk bertenang

By September 21, 2017



Rate this post

Real-Madrid-coach-Zinedine-Zidane

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane meminta penyokong untuk bertenang selepas pasukannya mengalami kekalahan mengejut kepada Real Betis pada aksi la Liga di laman sendiri.

Juara Sepanyol itu telah membuat permulaan yang goyah untuk mempertahankan mahkota mereka, memenangi hanya dua daripada lima perlawanan pertama mereka.

Kekalahan kepada Betis di Bernabeu bermakna Madrid terpaksa menghuni tangga ketujuh dan ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Barcelona yang belum kurang satu mata pun.

Real Madrid dalam landasan untuk mendapat tiga seri berturut-turut namun Betis telah buat yang terbaik meskipun Cristiano Ronaldo telah kembali dari tempoh penggantungan.

Antonio Sanabria menyambar kemenangan yang dramatik pada minit ke-94 dan mengejutkan tuan rumah, namun Zidane telah meminta untuk bertenang pada peringkat awal musim baru ini.

“Saya tidak fikir keadaan itu rumit,” kata Zidane kepada wartawan.

“Kami telah kehilangan mata tetapi saingan liga masih panjang. Segala-galanya yang telah kami lakukan tidak akan dibuang ke bakul sampah hanya kerana tiga perlawanan buruk di laman sendiri.

“Kami tidak berjaya meledak gol, saya adalah jurulatih pasukan ini dan apa yang kami perlukan adalah bertenang, berehat dan memikirkan tentang perlawanan seterusnya.”

Kekalahan Real 24 jam selepas Barcelona meneruskan permulaan mereka yang sempurna untuk musim La Liga dengan kemenangan 6-1 ke atas Eibar di Nou Camp, dengan Lionel Messi menjaringkan empat gol serta gol daripada Paulinho dan Denis Suarez.

Real Madrid terletak pada odds 7.00 untuk menang 3-0 dalam perlawanan menentang Alaves Sabtu ini.