Tiger Woods akan kembali bermain golf

By October 17, 2017



4/5 - (2 votes)

Tiger-Woods-Golf

Tiger Woods telah disahkan boleh meneruskan bermain golf menurut ejennya, Mark Steinberg.

Pemenang kejohanan utama 14 kali itu mengalami masalah belakang berterusan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan dia tidak bermain secara kompetitif sejak menarik diri dari Dubai Desert Classic pada awal Februari.

Malah, pemain berusia 41 tahun itu telah menjalani pembedahan belakang yang keempat pada bulan April dan bulan lalu dia mengakui bahawa kemungkinan dia tidak akan dapat kembali ke litar profesional.

Walau bagaimanapun, prognosis bekas pemain nombor satu dunia itu kini kelihatan lebih positif, dengan Steinberg mengesahkan bahawa dia telah diberi kebenaran untuk meneruskan aktiviti golf sepenuhnya.

“Dia mendapat laporan yang baik dan dibenarkan untuk meneruskan aktiviti golfnya,” kata Steinberg seperti yang dijelaskan oleh ESPN.

“Dia boleh bermain dan berlatih tanpa batasan. Tiger akan melakukannya secara perlahan-lahan. Ini berita baik, namun dia merancang untuk melakukannya dengan cara yang betul.”

Steinberg enggan meletakkan jangka masa untuk kepulangan Woods, dan menegaskan bahawa pemain golf Amerika itu akan melakukan sesuatu secara perlahan-lahan.

“Kami belum membincangkan tentangnya,” tambah ejen tersebut.

“Kita akan lihat kemajuan setiap hari dan setiap minggu.”

Sekiranya Woods kembali beraksi dalam masa terdekat, dia boleh masuk bersaing dalam kejohanan utama 2018, The Masters, yang akan berlangsung pada bulan April.

Woods adalah pemenang empat kali di Augusta dan dia ditawarkan pada odds 81.00 untuk meraih satu lagi kejayaan di padang golf yang terkenal itu pada tahun depan.