Women-World-Hockey-League-Malaysia-vs-New-Zealand

Malaysia berakhir di tangga tercorot Kumpulan B dalam Liga Hoki Dunia Wanita selepas tewas perlawanan akhir kumpulan 0-1 kepada New Zealand di Stadium Fallon, Belgium hari ini.

Itu merupakan kekalahan yang keempat bagi skuad kendalian Muhammad Dharmaraj Abdullah dan gagal untuk mara ke perlawanan suku akhir.

New Zealand yang juga merupakan pasukan nombor lima dunia membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi percubaan padang Olivia Merry, satu-satunya gol dalam aksi tersebut.

Malaysia yang menduduki ranking nombor 22 dunia, telah tewas 0-3 kepada Australia dalam perlawanan pertama mereka, tewas 1-3 kepada Sepanyol dalam perlawanan kedua sebelum mengalami kekalahan 0-9 kepada tuan rumah, Belgium dalam perlawanan ketiga mereka.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigress terpaksa akur beraksi pada penentuan tempat kesembilan dan ke-10 menentang Scotland pada Khamis ini.