Rory McIlroy berasa bagus menjelang The Masters

By April 5, 2017



Rate this post

Rory-McIlroy-The-Masters

Pemain nombor dua dunia Rory McIlroy berkata permainannya adalah memuaskan kerana dia berusaha mencuba untuk memenangi Jaket Hijau yang pertamanya di Masters minggu ini.

Pemain daripada Ireland Utara itu telah mengharungi permulaan yang mengecewakan untuk musim 2017 selepas mengalami kecederaan di tulang rusuk.

Dia telah bermain dalam empat perlawanan setakat ini, tetapi pemain bekas nombor satu dunia itu telah mendapat tempat kedua, seri di tempat ke-7, ke-4 dan ke-30.

Selepas direhatkan selama tujuh minggu kerana kecederaan tulang rusuk beliau, Sekarang McIlroy mendapat peluang untuk bermain di Augusta National.

Dia telah bermain 99 lubang di padang golf itu dalam dua minggu lepas kerana dia cuba untuk melengkapkan kerjaya Grand Slam.

Pemain berusia 27 tahun yang berada di odds 9.50 untuk memenangi kejohanan itu, telah memberi tumpuan kepada short game dan juga putting serta menegaskan bahawa dia telah bersedia untuk cabaran yang akan datang.

McIlroy memberitahu Sky Sports: “Saya berasa bagus dalam minggu ini dan saya telah membuat persiapan yang cukup sejak 10 hari lalu.

Saya telah bermain 99 lubang dalam dua minggu di sini, jadi saya rasa saya telah bermain dengan cukup di padang golf ini dan saya sedia untuk bertanding.

“Semakin saya boleh bermain di padang golf itu dan membuat ia kelihatan seperti kebiasaan atau sifat kedua saya, di mana untuk memukul bola di atas green dan di mana untuk membuat putts dan tahu di mana kedudukan pin; lebih banyak yang boleh menjadikan ia sifat kedua saya, lebih baik.

“Sebab itu saya bermain banyak lubang dan juga perlawanan. Kita semua tahu di mana kemungkinan kedudukan pin akan berada, jadi saya tidak skop lubang tersebut. Tetapi saya bermain dalam perlawanan, skor dan bermain satu bola kerana itu lah apa yang kita lakukan dalam kejohanan dan saya fikir itu adalah cara yang bagus untuk bersedia.”