Roger Federer gembira mara ke final Montreal Masters

By August 13, 2017



3/5 - (2 votes)

Roger-Federer-Montreal-Masters-final

Bintang Switzerland, Roger Federer mengakui dia menikmati permainan tenisnya ketika dia menewaskan Robin Haase untuk melayakkan diri ke final Montreal Masters.

Juara Wimbledon 2017 itu terus menentang odds dan dia boleh mengimpikan untuk mendapatkan semula kedudukan nombor satu dunia jika dia memenangi gelaran tersebut hujung minggu ini.

Federer mara ke final selepas mengalahkan Haase 6-3 7-6 pada hari Sabtu dan sekarang dia akan bertemu Alexander Zverev dalam perlawanan tersebut.

Pemain berusia 36 tahun itu menduduki tangga ketiga di dunia buat masa ini, namun kemenangan pada hujung minggu ini bakal menyaksikan dia naik ke tangga kedua dalam ranking, sebelum dia dapat merebut tempat teratas di Cincinnati Masters pada minggu depan.

Pemain nombor satu dunia, Andy Murray tidak akan hadir akibat kecederaan dan kemenangan untuk Federer akan menyaksikan dia mencipta lebih banyak sejarah.

Juara Montreal Masters dua kali itu juga sedang mengejar gelaran Jelajah ATP nya yang ke-94, menyamakan rekod Ivan Lendl.

Bercakap mengenai prestasinya, Federer akui dia hanya menikmati dirinya berada di bahagian atas permainan sekali lagi.

Katanya kepada laman web ATP: “Saya telah mencapai tahap yang saya fikir saya tidak akan dapat capai, memenangi begitu banyak gelaran.

“Setiap gelaran yang dapat anda tambahkan adalah seperti satu keseronokan. Saya bermain tenis untuk cuba memenangi gelaran. Lendl adalah legenda tenis, dia mencapai rekod yang luar biasa, dia sangat konsisten dan telah memenangi banyak gelaran.

“Ianya mengagumkan dan hebat kerana saya mampu mencapai tahapnya.”

Zverev menewaskan Denis Shapovalov untuk mara ke final dan dia ditawar pada odds 3.40 untuk menang pada hari Ahad, dengan odds Federer 1.30 pada pilihan (favourite).