Real Madrid pertimbangkan tawaran untuk Alvaro Morata

By June 13, 2017



4/5 - (1 vote)

Real-Madrid-Alvaro-Morata

Real Madrid sedang mempertimbangkan “tawaran yang sangat penting” daripada Manchester United untuk penyerang Alvaro Morata, menurut ejen pemain tersebut.

Ejen Morata, Juanma Lopez, mendedahkan bahawa juara La Liga itu telah pun menolak tawaran yang “kurang memuaskan” daripada AC Milan untuk penyerang Sepanyol itu.

Pemain tersebut menyertai semula Real Madrid dari juara Serie A, Juventus setahun yang lalu dengan bayaran sebanyak 30m euro, dua tahun selepas tinggalkan Bernabeu untuk Turin.

Dia menjaringkan 27 gol dalam kurang daripada 100 penampilan untuk Juventus dan dia telah meledak 20 gol selepas menyertai semula Madrid musim lalu.

Morata kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester kerana Jose Mourinho kelihatan mahu mengukuhkan pilihan penyerangnya ekoran pengumuman minggu lepas bahawa Red Devils tidak akan memperbaharui kontrak Zlatan Ibrahimovic, penjaring terbanyak musim lalu.

“Mereka adalah kelab yang penuh dengan daya tarikan, pilihan yang sangat menarik,” kata Lopez terhadap niat Manchester United.

“Saya boleh katakan tawaran itu sangat penting dan sekarang keputusan terletak pada Real. Saya tidak boleh kata (perjanjian hampir akan dimeterai), kita akan lihat nanti.”

Lopez sahkan bahawa bidaan Milan tidak menghampiri padanan penilaian Real bagi pemain berusia 24 tahun itu.

“Saya boleh sahkan mereka kerap menghubungi sehinggalah beberapa hari yang lalu. Ia mudah sahaja, Real Madrid menganggap tawaran daripada Rossoneri kurang memuaskan,” katanya.

Ibrahimovic menjaringkan 28 gol untuk United musim lalu, namun kecederaan yang dialami buat dia diketepikan sehingga tahun baru, kelab tersebut tidak menawarkan kontrak baharu kepada pemain berusia 35 tahun itu.

Odds United 4.33 untuk menjuarai Liga Perdana musim depan.