Pepe sah tinggalkan Real Madrid

By June 6, 2017



4/5 - (1 vote)

Pepe-confirms-Real-Madrid-exit

Pemain pertahanan Real Madrid, Pepe mengesahkan dia akan meninggalkan juara liga Sepanyol itu musim panas ini dan mengakui kekecewaan berhubung cara keluarnya.

Pemain berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus Zinedine Zidane mahupun rakan sepasukan Los Blancosnya kerana kelab itu tahu dia akan pergi sebelum dia berbuat demikian.

Pepe tidak sabar untuk lembaran baru dalam kerjayanya, dia telah tampil dalam 334 perlawanan sejak menyertai Real dari Porto pada tahun 2007.

Kata Pepe kepada Cope: “Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Apa yang dilakukan Zidane ke atas Real Madrid adalah menakjubkan, tetapi ada perkara yang saya tidak faham.

“Saya tidak mengucapkan selamat tinggal kepada Zidane kerana beliau dan Real Madrid tahu saya akan meninggalkan kelab ini.”

Kontrak Pepe akan tamat pada musim panas ini, katanya: “Sudah jelas saya tidak akan terus bersama Real Madrid. Satu fasa sudah berakhir dan, mulai sekarang, fasa berikutnya akan bermula.”

Pepe menjadi pemain simpanan di Madrid dan tidak termasuk dalam skuad pada hari Sabtu, di mana mereka berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara dengan menewaskan Juventus 4-1 dalam perlawanan akhir di Cardiff.

Kelab itu juga memperoleh gelaran La Liga yang pertama dalam tempoh lima tahun musim ini, tetapi bek tengah Portugis itu tampil dalam hanya 13 perlawanan.

Madrid telah merangkul tiga kejuaraan Sepanyol dan tiga kejayaan Liga Juara-Juara sepanjang masa Pepe bersama kelab itu.

Dia telah dikaitkan dengan perpindahan ke PSG dalam akhbar Perancis dan radio Sepanyol menambah bahawa terdapat juga “tawaran daripada England”.

Pepe adalah sebahagian daripada skuad pemenang Portugal di Euro 2016 musim panas lalu, dan odds mereka 26.00 untuk memenangi Piala Dunia musim panas depan di Rusia.