LCR-Honda-Cal-Crutchlow-MotoGP

Cal Crutchlow akui dia “tidak tahu” jika dia dapat berlumba di Grand Prix San Marino hujung minggu ini selepas jarinya cedera terkena pisau.

Pelumba LCR Honda itu terhiris jari telunjuk kirinya semasa memotong keju Parmesan pada awal minggu ini, yang memerlukan dia untuk menjalani pembedahan untuk menyambung semula tendon yang terputus.

Dengan memakai splin yang dibuat khas, Crutchlow menunggang motosikal semasa acara promosi yang dianjurkan oleh penaja LCR, Castrol di litar Barcelona pada hari Rabu.

Namun, bercakap pada hari Khamis di Misano, pelumba dari British itu mengakui dia tidak pasti sama ada dia boleh menunggang motosikal MotoGPnya secara normal.

“Jujurnya, saya tidak tahu jika saya dapat menunggang,” kata Crutchlow. “Ia sangat menyakitkan. Saya perlu cuba dan menunggang dan lihat apa yang boleh dilakukan.

“Saya menunggang jelajahi Barcelona pada hari Rabu. Saya melakukan lima lap, itu sahaja. Ianya ok dalam kehidupan seharian, tetapi ianya agak susah buat masa sekarang.

“Saya fikir ia akan menjadi agak sukar dan tidak selesa, bagaimana saya boleh tangani situasi itu.

“Saya tidak dibenarkan untuk membengkokkan jari saya, kerana tendon baru saja disambung semula. Ia tidak boleh dibengkokkan selama sebulan, atau jahitan dalaman akan putus.”

Crutchlow menambah, kecederaan jarinya akan mempengaruhi cara dia memegang bar pemegang motosikal Hondanya, sesuatu yang dia jangka akan menyebabkan ketidakselesaan.

“Dalam masa dua lejang yang lama, jari anda mesti berada pada klac,” jelasnya. “Saya boleh melakukannya, saya sudah cuba, tetapi ia tidak selesa.

“Saya akan letakkan tangan saya seperti biasa, tapi saya tidak dapat membengkokkan jari saya, jadi sekarang saya akan genggam dengan tiga jari.”

Pelumba British itu menduduki tempat keempat di Octo British Grand Prix, perlumbaan sebelum San Marino.