Michael Appleton mengharapkan peluang Piala Liga

By October 22, 2017



5/5 - (1 vote)

Michael-Appleton-Leicester-City

Michael Appleton percaya beliau akan bimbing Leicester City untuk perlawanan pusingan keempat Piala Liga menentang Leeds United selepas memenangi perlawanan pertamanya sebagai pengurus sementara pada hari Sabtu.

Leicester telah membuat keputusan mengejut untuk memecat Craig Shakespeare pada Selasa lepas, ketika seri 1-1 di laman sendiri dengan West Brom sehari sebelum terbukti keputusan buruk yang terakhoir, dan beberapa nama telah dikaitkan dengan posisi kosong itu.

Bekas bos England, Sam Allardyce diletakkan sebagai pilihan namun selepas beliau memutuskan untuk keluar, pengurus Wales, Chris Coleman dan ketua Burnley, Sean Dyche kini menjadi calon utama.

Appleton yang merupakan pembantu kepada Shakespeare, telah diletakkan sebagai pengendali sementara dan beliau berjaya membimbing Foxes untuk kemenangan pertama dalam tujuh perlawanan di Swansea pada hari Sabtu.

Federico Fernandez mengalihkan hantaran Riyad Mahrez ke gawangnya sendiri sebelum pemain antarabangsa Jepun, Shinji Okazaki meledak gol menjadikannya 2-0 dalam babak kedua.

Pemain pertahanan, Alfie Mawson menjaringkan satu gol untuk pasukan Welsh namun Leicester mampu bertahan dan keputusan itu menaikkan kelab ke tangga ke-14 daripada posisi tiga tercorot.

The Foxes kembali beraksi pada hari Selasa apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Leeds di Piala Liga dan Appleton yakin beliau akan kendalikan perlawanan tersebut.

“Rasanya hebat untuk meraih kemenangan itu,” katanya kepada LCFC TV.

“Saya ada perbualan pendek dengan pengerusi (Vichai Srivaddhanaprabha) pada hari Jumaat dan ianya pendek kerana banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum perlawanan.

“Tetapi mesej itu sangat jelas, ‘Teruskan dengan persiapan untuk perlawanan seterusnya sehingga anda diberi arahan lain’. Setahu saya, saya akan mendapat peluang untuk melakukannya sekali lagi pada hari Selasa.”

Odds Leicester adalah 1.53 pilihan untuk memenangi perlawanan itu, Seri ditawarkan pada odds 4.33 manakala pelawat pada 6.50 untuk mara ke pusingan seterusnya.