Mauricio Pochettino: Kami tidak akan jatuh

By April 5, 2017



Rate this post

Tottenham-coach-Mauricio-Pochettino

Jurulatih Tottenham Mauricio Pochettino berkeras bahawa pasukannya tidak akan tercicir daripada perebutan kejuaraan musim ini seperti yang terjadi pada tahun lepas.

Spurs, berada di odds 8.00 untuk memenangi Liga Perdana Inggeris, merupakan pesaing terdekat Leicester musim lalu tetapi mereka gagal untuk mengalahkan Chelsea dan akibatnya Foxes memenangi trofi tersebut.

Tahun ini, Leicester berada di kedudukan tengah carta liga tetapi Blues sedang melonjak di kedudukan teratas carta dengan masih berbaki sembilan perlawanan.

Kekalahan mereka kepada Crystal Palace hujung minggu lalu telah membolehkan Spurs kembali, dengan pasukan Pochettino kini ketinggalan tujuh mata.

Dengan Spurs bertemu Swansea pada hari Rabu dan Chelsea menentang Manchester City, ramai yang percaya jurang tersebut dapat dikurangkan kepada empat mata.

Dengan adanya andaian itu, Pochettino menegaskan pasukannya akan berjuang sehingga akhir pada kali ini.

“Memang benar musim lalu kami banyak menghabiskan tenaga memikirkan tentang Leicester, media, cabaran untuk merebut kejuaraan,” katanya kepada pemberita.

“Ramai yang melihat kami menghabiskan banyak masa berfikir tentang apa yang diperkatakan oleh Arsenal atau Chelsea di dalam media. Sekarang pasukan itu memberi tumpuan.

“Leicester adalah kejutan besar bagi semua orang dan ianya bukan sahaja di England, di Eropah – satu dunia teruja dengan Leicester. ‘Wow! Ia Leicester, mereka boleh menjuarai Liga Perdana Inggeris’.

“Ia merupakan saat yang mengujakan untuk Liga Perdana Inggeris. Hanya penyokong kami dan kami bersusah hati. Pasukan yang lain dan satu England berasa sangat gembira kerana Leicester berada di sana.

“Apabila Chelsea, Tottenham, Manchester City dan Liverpool. Hanya perkara normal yang boleh berlaku. Ianya sangat pelik musim lalu.

“Kami rasa ia lebih adil kerana kami bermain pada masa yang sama, mungkin satu hari nanti kami bermain sebelumnya, dan mereka bermain sebelumnya. Saya rasa ia lebih semula jadi.”