LeBron James tiada kaitan dalam keputusan Kyrie Irving

By September 20, 2017



Rate this post

LeBron-James-and-Kyrie-Irving-NBA

Kyrie Irving katakan bahawa dia tidak peduli sama ada bekas rakan sepasukan Cleveland Cavaliers, LeBron James, mengambil hati terhadap perpindahannya ke Boston Celtics.

Keputusan Irving untuk meninggalkan Cavs satu kejutan, dan menyebabkan persengketaan yang ketara dengan James.

Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu mendedahkan dalam temu bual dengan First Take bahawa dia tidak memberitahu James dia akan meminta pertukaran sebelum berbuat demikian, dan hanya menjawab “tidak” apabila ditanya sama ada peduli atau tidak jika Juara NBA tiga kali itu mengambil hati.

Mengulas keputusannya untuk berpindah ke Boston, katanya: “Saya rasa anda tidak terhutang apa-apa kepada orang lain dari segi memutuskan apa yang anda mahu lakukan dengan kehidupan anda.

“Ia bukan sesuatu yang peribadi, saya di sini bukan untuk menyelar sesiapa pun atau menyinggung orang tertentu atau organisasi kerana saya hanya sayangkan Cleveland.

“Saya suka masa yang saya luangkan di sana. Tiada apa-apa mengenainya. Bila tiba masa di mana anda matang sebagai individu, sudah tiba masanya untuk membuat keputusan dan tidak mengubah pendirian.

“Tidak ada masa untuk memikirkan bagaimana untuk menjaga perasaan seseorang apabila akhirnya anda perlu mementingkan diri sendiri dalam memutuskan apa yang anda mahu lakukan.”

Cleveland mungkin kehilangan Irving tetapi mereka mendapat Isaiah Thomas sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran itu dan tetap menjadi pesaing utama dalam Persidangan Timur.

Cavs terletak pada odds 6.00 untuk memenangi outright Kejohanan NBA dan Celtics boleh disokong pada odds 9.00.