Kylian Mbappe tidak pasti dengan masa depannya

By June 14, 2017



Rate this post

Monaco-forward-Kylian-Mbappe

Pemain penyerang Monaco, Kylian Mbappe telah mendedahkan masa depannya selepas musim panas ini masih belum diputuskan dan dia akan meluangkan sedikit masa sebelum memikirkan di mana dia akan bermain musim depan nanti.

Mbappe telah menikmati musim 2016/17 yang cemerlang, dengan meledak 15 gol dalam 29 penampilan Ligue 1, dan prestasinya yang hebat telah membantu kelab itu meraih gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 17 tahun.

Pemain antarabangsa Perancis itu juga telah memperoleh empat caps untuk negaranya sejak membuat debut antarabangsa pada bulan Mac tahun ini, dia berprestasi dengan baik dalam kemenangan perlawanan persahabatan 3-2 menentang England di Stade de France Selasa lalu.

Beberapa kelab telah menunjuk minat terhadap pemain berusia 18 tahun itu, Liverpool dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola juga dipercayai sedang memerhati situasi tersebut.

Walau bagaimanapun, penyandang juara Liga Juara-Juara, Real Madrid dikatakan membuat langkah pertama, dengan laporan mendakwa kelab gergasi Sepanyol itu telah membuat penawaran sebanyak 100 juta euro.

Monaco berminat untuk mengekalkan pemain tonggak mereka musim panas ini, kerana sudah menjual Bernardo Silva kepada Citizens, manakala beberapa anggota pasukan utama yang lain juga menjadi sasaran.

Bercakap mengenai masa depannya, Mbappe mendedahkan dia perlu sedikit rehat daripada perlawanan sebelum dia membuat keputusan berhubung kelab pilihannya untuk kempen yang akan datang.

“Kami akan tinggalkan kelab buat sementara dan kami akan berfikir tentang apa yang akan berlaku,” katanya.

“Kami perlu menyelesaikannya, lihat apa yang akan berlaku dengan kelab, kerana saya masih terikat kontrak dengan kelab, saya tidak bebas. Kami akan lihat apa yang akan berlaku.”

Odds Monaco 4.33 untuk mempertahankan kejuaraan liga musim depan, sementara Paris Saint-Germain yang mengharungi musim sukar siri 2016/17, terletak pada odds 1.36 sebagai pilihan.