Kimi Raikkonen lanjutkan kontrak Ferrari untuk musim 2018

By August 23, 2017



5/5 - (1 vote)

Kimi-Raikkonen-Ferrari-Formula-1

Kimi Raikkonen telah diberikan pelanjutan kontrak yang akan menyaksikannya memandu untuk Ferrari sehingga akhir musim 2018.

Bekas juara dunia itu melanjutkan perkidmatan keduanya dengan Ferrari dalam lima tahun berturut-turut selepas mereka mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharui “perjanjian teknikal dan perlumbaan” dengan dia.

Pemandu berusia 37 tahun itu turut bersama Ferrari selama tiga tahun dari tahun 2007 sehingga 2009, memenangi Kejuaraan Dunia Pemandu yang terbaru dalam musim pertamanya.

Raikkonen juga telah bertanding dalam Formula 1 dengan Sauber, McLaren dan Lotus, berjaya meraih 20 kemenangan dalam 263 Grands Prix dari awal sehingga kini.

Tempatnya bersama rakan sepasukan untuk mencabar gelaran, Sebastian Vettel, dianggap berada di bawah ancaman, namun persembahan hebat baru-baru ini di GP British dan Hungary nampaknya telah melanjutkan satu musim lagi untuk dia.

Raikkonen telah mengakui baru-baru ini bahawa dia tidak gembira dengan perjalanan musimnya, sambil bersumpah untuk cuba dan memperbaiki hasilnya.

Katanya kepada Motorpsort.com: “Secara peribadi, saya tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Saya mahu memenangi perlumbaan, saya mahu sentiasa berada di atas dan ianya jarang berlaku pada tahun ini.

“Arif dengan pemanduan, saya mempunyai kelajuan, jadi saya tidak bimbang tentang perkara ini. Ianya tentang mengambil langkah yang tepat.

“Arif dengan kelajuan, kami memilikinya, tetapi ianya tidak cukup untuk mempunyai kelajuan jika hal selebihnya tidak menjadi seperti yang diharapkan.”

Rakan sepasukan, Vettel, 30, akan tamat kontrak dengan Ferrari pada hujung tahun ini. Odds Vettel 2.20 untuk menjadi juara dunia musim ini, dan Lewis Hamilton sebagai pilihan pada odds 1.75.