Jurgen Klopp: Pertahanan Liverpool bermasalah

By September 25, 2017



4/5 - (1 vote)

Liverpool-coach-Jurgen-Klopp

Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp akui masalah berterusan pasukannya di bahagian belakang “sangat sukar” untuknya.

The Reds telah memberikan peluang kepada pihak lawan untuk menjaringkan 11 gol dalam enam perlawanan Liga Perdana, bersama hanya Crystal Palace, Leicester City dan West Ham telah bolos lebih banyak.

Pasukan Klopp telah melakukan yang terbaik untuk mendaki ke tangga kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris, dengan kemenangan 3-2 ke atas Leicester beri kelegaan kepada bekas jurulatih Borussia Dortmund itu.

Pasukannya hampir mensia-siakan kelebihan dua gol menentang Foxes tetapi penjaga gol, Simon Mignolet menyelamatkan sepakan penalti daripada Jamie Vardy dengan baki 20 minit.

Selepas kehilangan Virgil van Dijk pada musim panas, Klopp perlu mencuba dan memperbaiki nasib pasukannya di bahagian belakang tetapi jurulatih Jerman itu akui ianya sukar.

Katanya: “Ianya jelas kami bolos terlalu banyak, tiada keraguan, ianya sangat sukar bagi saya. Biasanya, saya seorang jurulatih pertahanan yang sangat bagus, tetapi nampaknya di sini ia belum menunjukkan hasil setakat ini.”

Meskipun terdapat masalah, Klopp menegaskan beliau gembira dengan skuadnya sekarang dan sikap mereka.

Tambah beliau: “Kami akan baik-baik saja, begitu lah keadaannya. Saya ada kepercayaan, bukan hanya pada serangan, tetapi juga pada skuad saya.

“Saya tahu kami perlukan keputusan, saya suka pasukan ini, mungkin tidak ada orang lain yang menyukainya, saya sangat menyukainya dan saya mahu memperbaikinya bersama.”

Klopp akan melihat respon pada malam Selasa apabila pasukannya pergi ke Rusia untuk menentang Spartak Moscow.

The Reds ditawarkan pada odds 1.70 pilihan, dengan seri 4.00, manakala Spartak ditawarkan pada odds 4.50 untuk menyambar tiga mata.