Ernesto Valverde sah sebagai bos baharu Barca

By May 30, 2017



Rate this post

Ernesto-Valverde-New-Barcelona-Boss

Barcelona telah mengesahkan Ernesto Valverde sebagai jurulatih baru mereka dan beliau yang berusia 53 tahun itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun di Nou Camp.

Barca dalam pencarian jurulatih baru berikutan pengumuman Luis Enrique bahawa dia akan meninggalkan kelab pada akhir kempen 2016-17.

Beberapa nama telah dikaitkan dengan posisi tersebut, termasuk bos Everton Ronald Koeman dan jurulatih baru Argentina Jorge Sampaoli, tetapi kelab gergasi Catalan itu sekarang telah mengesahkan Valverde untuk mengemudi kelab tersebut.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata: “Valverde mempunyai keupayaan, pertimbangan, pengetahuan dan pengalaman. Beliau menggalakkan pemain muda dan mempunyai cara Barca.

“Nama beliau bukan satu-satunya yang tersenarai. Sejak saat Luis Enrique mengatakan beliau akan meninggalkan kelab, (setiausaha teknikal) Robert Fernandez memulakan pencarian.”

Valverde telah menghabiskan empat musim lalu mengurus Athletic Bilbao, membimbing kelab Basque itu meraih kemenangan Piala Super Sepanyol pada tahun 2015 selepas menewaskan Barcelona 5-1 secara agregat serta menduduki tempat ketujuh La Liga semasa musim terakhir pengurusannya.

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol yang telah menghabiskan masa selama dua tahun bersama Barca sebagai pemain pada tahun 1988 sehingga 1990, akan dimumkan sebagai jurulatih baru kelab itu pada hari Khamis.

Tugas utama Valverde sebagai pengurus adalah untuk membawa Barca kembali mendahului kedudukan carta La Liga ekoran kejayaan Real Madrid merangkul gelaran musim ini.

Beliau juga akan ditugaskan untuk mendukung cabaran yang serius dalam Liga Juara-Juara musim hadapan.