David Moyes bimbang dengan nasib Sunderland

By April 5, 2017



Rate this post

David-Moyes-Sunderland

Jurulatih Sunderland David Moyes mengakui pasukannya berada dalam keadaan terdesak berikutan kekalahan 2-0 mereka kepada Leicester City pada malam Selasa.

The Black Cats kekal di kedudukan paling bawah carta Liga Perdana Inggeris selepas tewas 2-0 kepada Leicester pada hari Selasa, sementara Foxes naik ke tangga 10 selepas gol daripada Islam Slimani dan Jamie Vardy.

Kekalahan itu menyebabkan Sunderland berada lapan mata dari zon selamat dengan berbaki lapan perlawanan dan pasukan Moyes mula bergelut di hadapan gol.

Mereka tidak menjaringkan gol untuk enam perlawanan dan Moyes mengakui pasukannya semakin dekat untuk penyingkiran.

Selepas tiupan wisel sepenuh masa, katanya kepada Sky Sports: “sangat terdesak sekarang. Saya merasakan kami perlu menang salah satu daripada dua perlawanan di tempat lawan. Saya rasa anak-anak buah saya telah berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

“Tidak boleh menyalahkan mereka, mereka telah lakukan yang termampu, kami hanya kekurangan sedikit kualiti, atau kurang pertahanan apabila kami memerlukannya.

“Mereka telah berada di sini sebelum ini, kami akan terus mencuba, dan ianya masih di tangan kami untuk kekal. Dan kami akan cuba serta memastikan bahawa kami berbuat demikian.”

Bek tengah Lamine Kone dikritik peranannya dalam pertahanan semasa gol daripada Slimani tetapi Moyes enggan menyalahkan pemain pertahanan itu kerana dia cuba untuk mengekalkan semangat berpasukan setinggi mungkin.

Beliau menambah: “Kone sedikit tersinggung, tetapi saya masih berharap kami akan menjadi lebih kuat dan menuju ke arah itu. Mungkin pada hari yang lain kami akan mendapat sesuatu, tetapi bukan hari ini.”