Chelsea-boss-Antonio-Conte

Bos Chelsea, Antonio Conte berpuas hati dengan prestasi Alvaro Morata, pemain yang dibeli pada musim panas, selepas penampilan sulungnya dalam kekalahan perlawanan persahabatan kepada Bayern Munich.

Juara Liga Perdana Inggeris itu tewas 3-2 di Singapura ketika mereka meneruskan persiapan mereka menjelang perlawanan untuk mempertahankan gelaran mereka.

Chelsea terletak pada oods 4.33 untuk memenangi outright Liga Perdana Inggeris musim 2017-18 sementara Liverpool 12.00 dan Tottenham 9.00.

Morata diperkenalkan sebagai pengganti ketika dia membuat penampilan pertamanya berikutan perpindahan mahal dari Real Madrid.

Penyerang itu berjaya memberi impak, dengan membantu gol kedua Chelsea selepas dia dapat mengalih tendangan sudut Cesc Fabregas kepada Michy Batshuayi untuk meledak gol dari jarak dekat.

Conte merasakan bahawa Morata memerlukan lebih banyak masa untuk membiasakan diri dengan rakan sepasukan barunya, namun berasa gembira dengan debut penyerang tersebut.

“Ia tidak mudah untuk bercakap tentang impak daripada Alvaro kerana dia baru bersama kami selama dua hari dan dia perlu bekerja dan menyesuaikan dirinya, dan memahami idea kami mengenai bola sepak, tetapi yang pasti dia menunjukkan kesungguhan tinggi dan bagi kami tidak rugi mengambil dia, “kata pengurus Itali itu.

“Kami perlu beri dia waktu yang sesuai untuk menyesuaikan diri dengan cara permainan bola sepak kami, tetapi dia mesti gembira dengan prestasinya.”

Chelsea memulakan kempen Liga Perdana yang baru menentang Burnley di Stamford Bridge dan odds mereka 10.00 untuk menang 4-0. Odds Burnley 10.00 untuk menuntut kemenangan dan seri boleh didapati pada odds 7.00.