Alexander Zverev kejutkan Roger Federer di Montreal

By August 14, 2017



4.5/5 - (2 votes)

Alexander-Zverev-Tennis-Rogers-Cup

Alexander Zverev merangkul gelaran juara Jelajah ATP yang kelimanya tahun ini selepas menewaskan Roger Federer 6-3 6-4 di final Piala Rogers pada hari Ahad.

Kemenangan tersebut telah meletakkan pemain Jerman itu ke tangga ketujuh dalam ranking dunia dan ia juga menggariskan kelayakannya sebagai pemenang major yang berpotensi.

Federer, yang juga berada dalam prestasi yang mengagumkan sepanjang 2017, kelihatan bergelut secara fizikal dalam pengakhiran perlawanan dan dia mengesahkan bahawa dia akan ‘membuat keputusan dalam tempoh beberapa hari lagi’ sama ada dia akan bermain di Cincinnati Masters minggu ini ataupun tidak.

Pemain ace Switzerland itu berharap dapat tampil di kejohanan itu, kerana dia mempunyai peluang untuk kembali ke kedudukan teratas ranking dunia jika keputusan menyebelahi dia, walaupun dia menegaskan bahawa fokus utamanya adalah untuk menjadi cergas sepenuhnya untuk final major tahun ini, Terbuka AS, yang akan bermula pada akhir bulan Ogos.

“Memikirkan tentang Terbuka AS, jelas sekali saya mahu berada dalam keadaan terbaik,” kata pemain berusia 36 tahun itu.

“Meraih kemenangan ketiga tahun ini, Grand Slam ke-20, ianya sesuatu yang gila. Saya harap dapat menyiapkan diri 100% apabila tiba masanya nanti.”

Federer, yang telah memenangi Terbuka Australia dan Wimbledon ketika musim kebangkitan 2017, terletak pada odds 2.05 untuk mendapatkan gelaran Terbuka AS yang keenam, manakala Zverev boleh didapati pada odds 10.00 untuk menjuarai major yang pertama.