Kevin Durant lega setelah Warriors rangkul kejuaraan NBA

By June 13, 2017



3/5 - (1 vote)

Kevin-Durant-Golden-State-Warriors-NBA-2017-Champion

Kevin Durant mendedahkan bahawa dia tidak tidur selama dua hari sebelum Golden State Warriors menjuarai Kejohanan NBA dengan mengalahkan Cleveland 129-120 untuk kemenangan siri 4-1.

Kejayaan tersebut memastikan Warriors telah melalui kempen playoff yang hampir sempurna, memenangi 15 daripada 16 pasca musim yang dimain oleh mereka.

Setelah mengalahkan Cleveland pada aksi final 2015, Warriors mensia-siakan kelebihan 3-1 12 bulan lalu, membuat Cavaliers menang.

Sementara Cavs dapat elakkan kalah tanpa mata dengan memenangi pusingan empat, Durant dan Warriors tidak akan membenarkan mereka menyerang kembali dalam perlawanan.

Selepas Durant dibawa masuk dari Oklahoma City Thunder pada akhir musim lalu untuk mengukuhkan lagi pertahanan mereka yang sudah kukuh, MVP Final mengakui dia berasa tertekan untuk beraksi.

“Saya tidak dapat tidur selama dua hari,” kata Durant semasa temu bual di gelanggang.

“Saya bimbang, saya gelisah. Saya hanya mahu memberikan yang terbaik di luar sana. Saya berusaha, saya perlu percaya akannya. Malam ini kami sangat bagus.”

Durant benar-benar melakukannya, memimpin jalan bagi Warriors dengan 39 mata dalam penentu kemenangan di pusingan 5.

Walaupun dengan empat kali liga MVP, LeBron James melakukan yang termampu untuk mengekalkan pasukannya di dalam, meski dia mencatat angka tertinggi permainan dengan 41 mata, Cavaliers tidak dapat menandingi Golden State, dengan Cavs terlepas bola memberi laluan kepada Steph Curry dan rakan-rakan untuk menambah mata.

James dan Kyrie Irving membuat Durant kagum akan mereka, tetapi dia merasakan pasukannya telah membuktikan diri mereka yang terbaik di NBA.

“Cleveland harus diberi penghormatan,” katanya.

“LeBron dan Kyrie, saya belum pernah melihat pemain seperti mereka berdua sebelum ini. Tetapi kami menang, kami juara dan ianya sangat hebat dapat lakukan di atas gelanggang sendiri”